KUCHING: Orang ramai panik apabila sebuah bot ekspres di Terminal 1 Sarikei terbakar pada jam 8.20 pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang diketuai PBK II Mijan Pamin bersama sembila anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan.

Ketika berita ini ditulis, pihak bomba sedang memadamkan kebakaran.