KUCHING: Kementerian Kesihatan sedang mengesan 500 penduduk Sarawak yang menghadiri Majlis Keagamaan di Masjid Seri Petaling, Selangor.

Orang ramai yang menghadiri majlis itu diminta menghubungi hospital kerajaan berdekatan di talian (hotline) seperti berikut Hospital Umum Kuching (082-276666), Hospital Miri (085-420033), Hospital Bintulu (086-255899), Hospital Sibu (084-343333) dan Pusat Ketersediaan dan Tindak Balas Krisis, Sarawak (082-44324851).

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengesan lebih daripada 5,000 ahli jemaah tabligh Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan tersebut bermula pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, usaha itu dilakukan susulan laporan Pusat International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang mengesan satu kes positif Covid-19 dikesan ada kaitan dengan perhimpunan berkenaan.

Katanya lagi, kira-kira lebih daripada10,000 orang terlibat dalam perhimpunan tersebut membabitkan ahli jemaah dari pelbagai negara.