PADAWAN: Seorang lelaki hilang disyaki menjadi mangsa serangan buaya ketika memancing berseorangan di sungai Kampung Selang, dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, tiada kesan tapak kaki mangsa ditemui di tebing sungai, tempat perahunya ditemui.

“Tempat mangsa memancing memang mempunyai populasi buaya yang banyak,” katanya dihubungi Suara Sarawak sebentar tadi.

Tinjauan udara menggunakan dron bagi mengesan mangsa, turut mendapati seekor buaya besar timbul di permukaan air tempat lokasi mangsa dilaporkan hilang.