PADAWAN: Seorang lelaki dipercayai hilang ketika memancing berseorangan di sungai Kampung Selang, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata mangsa, Norizam Matsukor, 27, dari Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Matang turun memancing menggunakan perahu sekitar jam 8 pagi tadi.

Katanya mangsa berkemungkinan jatuh ke dalam sungai kerana hanya perahunya ditemui di sungai.

“Menurut adik mangsa, ini merupakan kali kedua mangsa turun memancing seorang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya usaha mencari mangsa kini sedang dilakukan oleh polis, bomba bersama penduduk kampung.