PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata Kementeriannya memperkenalkan matlamat baharu  iaitu memacu kecendekiaan dalam masyarakat .

Beliau dalam satu sidang media  di sini hari  ini,  mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia.

Saifuddin berkata dasar, program Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang telah dilaksanakan atau sedang dirangka diteruskan.

Menurutnya KKMM akan meneruskan misi pengukuhan masyarakat yang bermaklumat, terhubung menerusi penerangan, penyiaran dan informasi berkualiti, berkesan, berintegriti.

Katanya KKMM juga tumpu usaha tingkatkan akses, peluang dan dividen digital untuk semua lapisan masyarakat, dan pastikan tiada yang terpinggir.

Berita selanjutnya selepas ini.