KUCHING: Solat Jumaat boleh diteruskan dengan beberapa syarat sekiranya wabak Covid-19 masih terkawal.

Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia berhubung dengan saranan daripada pihak KKM.

“Solat Jumaat masih boleh diteruskan dengan syarat khutbah dipendekkan, orang ramai berwuduk di rumah.

“Ia termasuk dengan mereka yang ada simptom Covid-19 tidak perlu hadir bagi menyempurnakan solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang sakit dan masjid atau jemaah wajib menyediakan pembersih tangan serta penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sebentar tadi.