ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan mengatakan beliau memastikan sempadan Turki terus dibuka kepada pelarian sehingga Kesatuan Eropah (EU) memenuhi semua permintaannya. Pada masa sama, beliau membandingkan tindak balas Greece terhadap krisis menyamai Nazi.

“Sehingga semua permintaan Turki, termasuk kebebasan bergerak… mengemas kini kesatuan kastam dan bantuan kewangan, dapat dipenuhi, kami meneruskan amalan di sempadan kami,” katanya dalam ucapan disiarkan di televisyen. Keputusan Turki membuka semula sempadannya untuk pelarian pada akhir Februari lalu mencetuskan pertikaian dengan Brussels, serta berbalah dengan Greece.

Tentera Greece di sempadan menembak gas pemedih mata terhadap ribuan migran yang cuba menceroboh ke negara itu dan dituduh memukul barangan migran dan merampas barang mereka jika mereka melintasi sempadan. “Tidak ada perbezaannya yang dilakukan Nazi dan imej dari sempadan Greece,” kata Erdoga.

Greece menafi menggunakan kekerasan. Sebaliknya menuduh Turki memaksa orang yang terdesak melakukan cubaan berbahaya untuk memasuki Eropah. Erdogan berkata beliau membuka pintu sempadan untuk menekan Eropah supaya memberikan bantuan yang lebih besar dengan konflik Syria, yang mana Turki berjuang untuk menangkis serangan rejim terhadap kubu terakhir pemberontak di Idlib.

“Dengan pemanasan cuaca pada musim bunga, kebanjiran migran yang tidak teratur menuju ke Eropah tidak terhad kepada Greece sahaja tetapi tersebar di seluruh Mediterranean,” katanya.

Beliau juga mengulangi harapan Turki untuk perjanjian baharu dengan Brussels menjelang sidang kemuncak pemimpin EU pada 26 Mac nanti.

Sehingga kini, Turki menjadi tuan rumah kepada kira-kira empat juta pelarian, kebanyakan mereka rakyat Syria, dan bimbang kemasukan beramai-ramai lagi apabila rejim Syria dengan sokongan Rusia meningkarkan serangan merampas semula Idlip – AFP