BINTULU: Penganjuran Cabaran Basikal Bukit 2020 yang dijadualkan pada 28 hingga 29 Mac ini secara rasminya dibatalkan.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu Rodziah Morshidi berkata keputusan tersebut dibuat berikutan penularan wabak COVID-19 serta sekatan perjalanan global.

Katanya, keputusan tersebut juga dibuat berikutan perundingan dan pekeliling dari Kementerian Kesihatan dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 12 Mac lalu.

Mengakui keputusan itu sebagai sukar dilakukan kerana pasukan BDA telah banyak berusaha dalam penyediaan dan persiapan acara tahunan tersebut.

Bagaimanapun, kesejahteraan peserta, kakitangan, vendor dan orang awam perlu diutamakan terlebih dahulu.

Kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk pemahaman dan sokongan anda. kami ingin semua orang kekal selamat, sihat dan cergas, katanya.