KUCHING: Sarawak mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 dua kali ganda hari ini berbanding semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, terdapat enam kes positif Covid-19 di Sarawak hari ini berbanding tiga pada semalam.

“Hari ini, terdapat tambahan enam kes positif Covid-19 di Sarawak yang menjadikan jumlah terkini ialah sembilan kes.

“Dua kes dikesan di Limbang manakala empat lagi di Kuching,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat JPBN di sini sebentar tadi.