KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengadakan lawatan kepada barisan hadapan Hospital Umum Sarawak dalam menghadapi Covid-19.

Dalam muat naik status Facebooknya, beliau menyifatkan petugas  ini memerlukan ke-sabaran, bantuan dan sokongan daripada orang ramai walaupun kekurangan tenaga pakar.

“Saya amat yakin bahawa rakan sejawat kesihatan akan memberi yang terbaik.

“Walaupun kesihatan di bawah senarai Persekutuan, Kerajaan Sarawak akan secara aktif membantu kehidupan rakyat Sarawak dalam risiko,” katanya.

Kui Hian turut menambah, pengamal kesihatan dari golo-ngan profesional akan bergabung idea untuk mengatasi krisis Covid-19 di Sarawak.