KUCHING: Orang ramai kelihatan tidak putus mengunjungi Balai Polis Sentral Kuching bagi mengisi Borang Kebenaran Rentas Negeri, malam ini.

Kebanyakan pengunjung terdiri daripada orang awam daripada semenanjung serta pelancong yang akan meneruskan perjalanan keluar kawasan.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu semua pelawat asing dan domestik yang masuk dan pulang ke Sarawak, akan dikeluarkan dengan Notis Tinggal Rumah (SHN) selama 14 hari.

PADAT… Orang awam berpusu-pusu hadir ke balai polis untuk mengisi Borang Kebenaran Rentas Negeri