KUCHING: Pasar Malam Belia N6 Metrocity ditutup mulai 18 Mac hingga 22 Mac ini.

Adun Tupong, Fazruddin Abdul Rahman mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Suara Sarawak semalam.

Pengumuman penutupan itu dibuat dalam satu hantaran di laman Facebook pasar malam tersebut.

Katanya, ini adalah disebabkan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan.

“Semoga wabak ini akan segera pulih… tawakal dan doa insyaAllah semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengarahkan mana-mana majlis awam, yang melibatkan lebih daripada 50 orang ditangguhkan atau dibatalkan.