KUCHING: Kerajaan bersetuju agar semua peminjam menangguhkan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu adalah selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta
sehingga 30 Jun.

“Selaras dengan penangguhan tersebut, semua peminjam PTPTN juga akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan.

“Kita sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN,” katanya.

Katanya lagi, ia mengambil kira kesan wabak penyakit Covid-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan para peminjam.