KUCHING: Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengambil keputusan untuk menunda Ujan Bertulis MUET Sesi 1 2020 dan Ujian MoD Sesi Mac 2020 bertarikh 28 Mac kepada hari 2 Mei 2020.

MPM dalam satu kenyataan berkata, penundaan itu dilakukan ekoran perutusan khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menekankan perintah kawalan pergerakan bermula pada 18 hingga 31 Mac.

Sebarang pertanyaan, calon-calon boleh menghubungi terus MPM di talian 03-6126 1660 atau 03-6126 1666 (MUET Sesi 1) dan 03-6126 1634 (MoD) atau menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (UPN) mulai 1 April 2020.