KUCHING: Semua muzium dibawah pentadbiran Jabatan Muzium Sarawak ditutup sementara berkuatkuasa semalam sehingga 31 Mac ini.

Jabatan Muzium Sarawak dalam satu kenyataan menjelaskan tindakan tersebut dibuat setelah mengambil kira kepentingan kesihatan orang awam dan bertujuan menyekat penularan wabak Covid-19 kini.

Antara muzium yang ditutup sementera waktu ialah Muzium Sejarah Semulajadi Kuching, Muzium Islam Sarawak Kuching, Muzium Sejarah Cina Kuching, Muzium Tekstil Sarawak Kuching, Muzium Warisan Sri Aman (Kubu Alice) dan Muzium Wilayah Limbang.

Sehubungan itu Jabatan Muzium Sarawak memohon kerjasama orang ramai untuk bersama-sama membantu dalam menyekat penularan wabak berkenaan.