KUCHING: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan mesej tular melalui platform media sosial, Whatapps mengenai semburan oleh pihak tentera sebagai langkah pencegahan Covid-19.

MKN berkata, mesej yang tular itu tidak sahih.

“Tidak sahih dan MKN akan mengeluarkan kenyataan rasmi jika ada proses melibatkan orang awam,” katanya kepada media sebentar tadi.

Mesej palsu itu memberitahu pihak tentera akan semburan di ruang udara selepas jam 12 tengah malam dan meminta orang ramai berada dalam rumah masing-masing.

Turut didapati palsu ialah sebuah mesej tular yang menyatakan Kerajaan Sarawak yang menangguhkan penerbangan pulang rakyat ke negeri ini.

Mesej yang tidak bertanggungjawab itu memetik Malaysia Airlines sebagai sumber juga memberitahu, penerbangan terjejas akan diberi hotel dan baucar sarapan bagi penerbangan transit.