KUCHING: Seorang lelaki berusia 58 tahun berasal dari Tawau Sabah hari ini disahkan meninggal dunia akibat virus COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menerima laporan tersebut pada jam 6.27 petang Jumaat. (20 Mac)

Beliau berkata kematian tersebut melibatkan kes ke-152, yang berkait rapat dengan perhimpunan keagamaan di Masjid Jamek, Sri Petaling baru-baru ini.

“Pesakit dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac lalu dan mengalami simptom jangkitan pernafaan akut yang teruk,” jelas Hisham Abdullah melalui laman Facebooknya tadi.

“Kesihatan pesakit kian merosot hari demi hari dan pesakit disahkan meninggal dunia pada 20 Mac pada jam 6.27 petang.

“Takziah saya sampaikan kepada keluraganya,” tambahnya lagi.