DUBLIN: Lebih 30,000 orang menyahut gesaan kerajaan Ireland bagi para profesional yang berkelayakan dan sukarelawan untuk menyertai tenaga kerja penjagaan kesihatan yang memerangi kecemasan Covid-19, kata kementerian perkhidmatan pada Khamis.

“Kami mencari sesiapa sahaja yang boleh menawarkan perkhidmatan dan kemahiran mereka,” kata Anne Marie Hoey dari Executive Service Health (HSE) mengenai usaha yang dilancarkan pada Selasa, sambil menambah bahawa lebih daripada 30,000 orang telah memberi respons sejauh ini.

HSE mencari individu berkelayakan dalam perubatan, kejururawatan, ambulans dan pembantu penjagaan kesihatan ketika negara berdepan dengan peningkatan dalam jumlah jangkitan.

Perdana Menteri Leo Varadkar berkata beliau menjangkakan terdapat 15,000 kes Covid-19 di seluruh negara menjelang akhir Mac.

“Pada masa ini, kami memperluaskan perkhidmatan kami dengan cepat sebagai tindak balas kepada situasi Covid-19 yang sedang berlaku. Kami sedang bersiap sedia untuk menghadapi lonjakan kes,” kata ketua sumber manusia HSE, Hoey kepada penyiar negeri RTE.

Perekrutan juga terbuka kepada mereka yang belajar untuk menjadi profesional penjagaan kesihatan, mereka yang mempunyai “kemahiran lain untuk ditawarkan” dan para sukarelawan yang mampu bekerja jika diperlukan. Ireland setakat ini melaporkan dua kematian akibat Covid-19.

Republik itu mempunyai 366 kes yang disahkan setakat ini, menurut angka jabatan angka kesihatan yang dikeluarkan Rabu malam. – AFP