KUCHING: Kesemua 506 jemaah tabligh Sarawak ke Sri Petaling telah menjalani ujian saringan kesihatan.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan kesemua peserta dari Sarawak telah menjalani pemeriksaan meskipun ada yang positif Covid-19.

Bagaimanapun, kerjasama mereka patut dicontohi oleh semua pihak.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) merangkap Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak 58 kes positif Covid-19 di Sarawak setakat ini sejak pertama kali dilaporkan pada 13 Mac lalu.

“Sebanyak 42 daripada 58 yang positif adalah daripada kluster tabligh,” ujarnya