SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting Ing Horh menggesa semua syarikat untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi menutup semua pejabat mereka.

“Beberapa pekerja syarikat berkenaan telah menghubungi saya untuk meminta saya bercakap dengan bos mereka bagi tujuan tersebut (menutup pejabat).

“Malangnya, saya tidak boleh memberitahu syarikat untuk berbuat demikian, saya hanya boleh merayu kepada syarikat untuk berhenti beroperasi. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa arahan kerajaan agak jelas sebelum ini bahawa semua pejabat swasta turut tidak terkecuali ditutup. “Sekarang ini, hanya sektor kerajaan atau swasta yang penting kepada urusan negara sahaja yang dibuka,” katanya.

Mengenai pematuhan perintah, beliau berkata pematuhan itu baik kecuali kilang dan pejabat. “Di peringkat jalan raya, saya agak gembira dengan mematuhi perintah ini,” katanya. Beliau percaya ia tidak adil bagi peniaga di Sibu pada hari pertama perintah ini yang dilaksanakan kerana MPS tidak membuat sebarang kenyataan ketika itu.

Bagaimanapun, selepas kenyataan itu dibuat, beliau percaya mesej itu diterima. Ting berkata, beliau akan memantau sendiri di sekitar bandar dan kawasan lain setiap hari untuk memastikan semua orang mematuhi perintah itu.

Beliau berkata, anggota majlis juga bergerak di sekitar kawasan masing-masing untuk memantau. Mengenai penjaja di Pasar Sentral Sibu beliau berkata, para penjaja telah mematuhi garis panduan oleh MPS. Beliau berkata, terdapat beberapa perubahan akan dilakukan kepada penjaja.

Misalnya jadual giliran untuk berniaga bagi menjamin pergerakan sosial dalam kalangan penjaja dan pengunjung dapat dikurangkan.

Menurutnya lagi, MPS akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memastikan semua orang mematuhi perintah tersebut. “Jika ada sesuatu yang orang ramai mahu saya bercakap dengan pihak polis, sila hubungi saya CLARENCE TING terus,” tambahnya.