ITALI: Gara-gara mahu mengamalkan peraturan menjarakkan diri bila berjumpa dengan orang bagi mengelak tersebarnya Covid-19, seorang lelaki melakukan sesuatu yang agak unik.

Dia memakai kadbod untuk melindungi dirinya. Dalam video yang dimuat naik di media sosial, lelaki itu dilihat berjalan dengan santai dan kadbod tersebut yang diletakkan di bahagian pinggan mengelilingi badannya.

Apabila ditanya mengapa dia memakai kadbod terbabit lelaki itu memberitahu, “demi virus korona”. Netizen yang melihat aksinya secara berdepan dan melalui video tersebut hanya mampu menggeleng kepala serta tersenyum melihat telatahnya.

Ada yang bertanya bagaimana caranya dia membuka pintu, masuk pasar raya ataupun memandu kereta. Sejak video itu dimuat naik ia telah ditonton oleh lebih 21,000 orang di susuli pelbagai komen melucukan selain memuji kreativitinya.