KUCHING: Badan korporat serta pelbagai syarikat diseru untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu barisan hadapan dengan menyediakan bantuan sepanjang mereka menjalankan tugas menangani Covid-19 kini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sehingga semalam hanya beberapa badan korporat tampil membantu antaranya menyediakan kemudahan penginapan.

Menurutnya, ada sebahagian kakitangan hospital tidak dapat pulang ke rumah atas faktor keselamatan dan tuntutan kerja dan mereka akan menetap di Hotel Riverside Majestic Astana Wing.

“Terima kasih kepada Chong Realty Estate melalui program CSR, termasuk beberapa pihak yang turut menghulurkan bantuan penyediaan makanan,” katanya kepada media sebelum menjalankan rondaan gelandangan di sekitar Kuching, semalam.

Dalam pada itu katanya, penyediaan makanan kepada barisan hadapan seperti pihak hospital.