KUCHING: Hospital Umum Sarawak menerima sumbangan peralatan daripada Ahli Lembaga Pelawat Hospital dalam usaha menangani wabak Covid-19 di negeri ini. Ahli Lembaga Pelawat Hospital dalam kenyataan berkata, sumbangan tersebut merupakan tanda penghargaan kepada kakitangan hospital dalam menghadapi krisis penularan wabak Covid-19.

“Kami sangat berterima kasih kepada kakitangan hospital kerana kerja keras dan pengorbanan mereka yang berterusan dalam memberi perkhidmatan terbaik pada saat ini.

“Keprihatinan dan keberanian yang ditunjukkan amat dikagumi atas pengorbanan mereka yang sanggup merisikokan diri sendiri dalam menangani wabak merbahaya ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Terdapat beberapa peralatan penting seperti Microwave jenama sharp, peti sejuk jenama Sharp 150 liter, Thermometer Dahi Infared, Sarung Tangan Biru Nitril KC (Kimberly Clerk) G10, G10 (57373) 100’s L, G10 (57374) 90’s XL, dan G10 S.

Selain itu, turut disumbangkan pelindung mata antikabus (Clasix-AF), Coverall putih 3M 4510 dan pelindung pernafasan 3M 4510 N95. Difahamkan, sumbangan tersebut diperoleh daripada beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dan Signtek Marketing Sdn Bhd.

Hadir sama dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut Ahli Lembaga Pelawat Hospital Umum Sarawak Sia Ai Kiew dan Pengarah Signtek John Lo. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat melancarkan langkah yang diambil dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negeri ini.