BETONG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong memohon orang ramai untuk mengesan seorang individu warga asing berkait satu kes bunuh di rumah pekerja, sebuah ladang kelapa sawit dekat Daerah Pusa pada Rabu lalu.

Jurucakap polis memberitahu, suspek merupakan adik kepada mangsa bunuh (abang).

“Suspek dipercayai melarikan diri ke hutan berhampiran dan sehingga kini masih belum dapat dikesan.

“Justeru, orang ramai diminta untuk membantu pihak polis sekiranya ternampak suspek boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Betong ASP Marcel Irenus Mustari di talian 013-8091976 atau mana-mana balai polis terdekat,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, motif pembunuhan masih belum dapat dipastikan.

Sehingga kini tambahnya, polis sudah memperketat semua laluan keluar dari Daerah Betong.