KUCHING: Sebanyak 876 tenaga dikerah di pintu masuk di sepanjang 900 kilometer untuk memantau sempadan Sarawak dan Kalimantan sepanjang 900 kilometer akan dipantau, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing.

Menurutnya, pintu masuk ini termasuk tiga CIQ dan 43 jalan tikus dan jalan gajah yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.

“Semasa krisis kesihatan global yang disebabkan oleh Covid-19, amat penting untuk laluan haram itu ditutup kecuali tiga CIQ iaitu di Biawak, Lubok Antu dan Entikong apabila terus dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita diberi jaminan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bahawa semua laluan haram terbabit dikawal oleh polis dan tentera sepenuh masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Sempadan di Bangunan Baitulmakmur di sini sebentar tadi.