PUSA: Si adik yang dipercayai membunuh abang kandungnya pada Rabu lalu berjaya ditangkap dekat Pusa, pagi ini.

Polis memberitahu, suspek ditemui ketika sedang merayau-merayau mencari makanan.

“Pihak kita yang secara kebetulan membuat rondaan telah menemui suspek yang mengakui sedang kelaparan,” katanya dihubungi, hari ini.

Suspek yang merupakan warga asing dipercayai bertindak membunuh abang kandungnya di rumah pekerja dekat salah sebuah ladang kelapa sawit di Daerah Pusa, tiga hari lalu.