HAD umur untuk menyertai Sukan Malaysia akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tinggi Sukan Malaysia (JTKM) sekiranya penangguhan sukan tersebut diadakan pada tahun hadapan.

Seperti sedia maklum had umur untuk atlet menyertai Sukma adalah 21 tahun ke bawah untuk semua acara sukan yang dipertandingkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, had umur itu akan ditentukan JTKM sekiranya ada atlet tahun ini yang sudah berusia 21 tahun.

“Kita masih menunggu keputusan daripada pihak JKTS untuk had umur atlet yang mewakili negeri sekiranya Sukma ditangguhkan sehingga tahun hadapan.

“Bagaimanapun, latihan akan diteruskan seperti biasa setelah tamat tempoh perintah kawalan pergerakan,” katanya semasa dihubungi oleh Suara Sarawak semalam.

Jelasnya, atlet kini menjalani latihan sendiri di rumah tetapi bergantung kepada jenis-jenis sukan yang mereka sertai.

Penangguhan Sukma telah diumumkan pada 25 Mac lepas oleh JTKM apabila ahli mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk menangguhkan SUKMA Johor 2020 ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sebanyak 31 acara yang bakal dipertandingkan pada bulan Julai ini namun terpaksa ditangguhkan akibat penularan wabak Covid-19.

Sarawak yang merupakan juara Sukma pada tahun 1990, 1992 dan 1993 dan selepas itu hanya bergelar naib juara.