SIMANGGANG: Seorang lelaki berusia 37 tahun dari Rh. Puni Panggau, Batu Besai dekat sini dipercayai hilang selepas disahkan tidak pulang ke rumah sejak lima hari lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Kapten Huzaimah Ibrahim memberitahu, pihaknya dimaklumkan oleh polis kira-kira 5.51 petang semalam.

Menurut si isteri, Patau Muk keluar berburu di Bukit Panggau pada 24 Mac (Selasa) lalu.

Namun katanya sehingga semalam, sang suami belum pulang dan bimbang dengan situasi tersebut, beliau terus membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) difahamkan sudah mula digerakan hari ini bersama 65 orang terdiri daripada pertahanan awam, polis, bomba dan penduduk kampung.

Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.