BAU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi oleh penduduk kampung di kawasan Dun Serembu.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Serembu pula menyediakan sepanduk PKP kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi memastikan penduduk setempat mematuhi PKP dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Adun Serembu Miro Simuh berkata, inisiatif seperti itu penting bagi memastikan kesedaran masyarakat setempat mengenai bahaya Covid-19.

Jelasnya, penduduk yang berada di luar pula pula dinasihati tidak balik ke kampung bagi memutus rantaian jangkitan Covid-19.

“Bagi yang menetap di bandar atau daerah lain, saya mohon tangguhkan dulu perjalanan pulang ke kampung. “Begitu juga yang dari kampung… tidak perlu ke pusat bandar. Kekal berada di rumah sepanjang tempoh PKP ini,” katanya semalam.

Miro menambah, beliau juga merasai kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat setempat disebabkan PKP.

“Saya berharap penduduk bersabar dan berharap keadaan ini akan kembali pulih seperti biasa,” ujarnya lagi.