SERIAN: Kawalan sempadan di antara Sarawak dan Indonesia diperkuatkan bagi memastikan tidak ada aktiviti keluar masuk persempadanan. Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Md Din Abu berkata, seramai 97 anggota tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dikerahkan bagi menguatkan lagi kawalan di beberapa lokasi sempadan, di seluruh negeri.

Menurutnya, tindakan mem-pertingkatkan kawalan di sempadan atas arahan Kerajaan Sarawak. “Penguatkuasaan PKP menerusi Op Awas kini giat dilaksanakan dari Teluk Melano sehingga ke Ba’Kelalan bersama-sama Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Imigresen Malaysia. Beliau berkata demikian ketika memantau sekatan jalan raya di Serian, semalam.

“Tambahan ini meliputi laluan lorong-lorong tikus yang kita jangkakan ada kemasukan dari Indonesia,” tegasnya.