NEW DELHI: Jumlah kematian akibat COVID-19 di India pada Ahad petang meningkat kepada 27 orang dan kes jangkitan mencecah 1,024, memetik Kementerian Kesihatan lapor agensi berita Xinhua.

Menurut pegawai kementerian, setakat ini 96 pesakit dibenarkan keluar hospital, jumlah kes aktif pula sebanyak 901.

Pada Ahad pagi, 979 kes dilaporkan manakala 25 orang meninggal dunia.

Kerajaan India pada Rabu menguatkuasakan perintah “lockdown” selama 21 hari dalam usaha membendung wabak COVID-19.