SANTUBONG: Program Earth Hour 2020 pada Sabtu lalu tetap diteruskan seperti biasa walaupun ketika penularan wabak Covid-19.

Damai Beach Resort Santubong di sini tidak ketinggalan membantu bumi mengurangkan pelepasan gas kardon dioksida.

Pengurus Besar Damai Beach Resort Muhammad Fadhil Abdullah berkata, pihaknya turut sama dalam Earth Hour selama satu jam dengan menutup semua penggunaan elektrik di kawasan peranginan tersebut.

“Bagi tempoh tersebut kita juga nyalakan lilin bagi menerangi kawasan agar memudahkan petugas di sini.

“Walaupun pada saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin ramai yang lupa dengan Earth Hour ini.

Namun, kita tetap teruskan usaha menutup lampu selama satu jam ini bagi membantu memelihara bumi kita ini,” katanya.

Ujarnya lagi, sebanyak 150 lilin dinyalakan di beberapa tempat khas selama satu jam.

“Program Earth Hour ini merupakan program global yang kita sertai setiap tahun dan menjadi harapan kita agar semua lapisan masyarakat terus menjaga bumi ini,” katanya.

Beliau tidak menafikan, penularan Covid-19 menyebabkan industri perhotelan terjejas teruk terutama sejak PKP dilaksanakan.

“Menjadi harapan saya setelah keadaan kembali reda. Ramai rakyat tempatan menyokong produk tempatan dan melancong ke destinasi menarik seperti di Damai Beach Resort ini,” jelasnya.