ROM: Wabak COVID-19 di Itali kini meragut 10,779 nyawa dengan jumlah kumulatif kes mencecah 97,689, menurut data dikeluarkan Jabatan Perlindungan Awam pada Ahad.

Sejumlah 756 pesakit COVID-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Jumlah pesakit yang dirawat dalam unit rawatan rapi pula seramai 3,906 orang.  – Bernama