WASHINGTON: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat melebihi 2,000 orang pada Sabtu, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University.

Jumlah kematian pada lewat Sabtu mencatat sebanyak 2,010 dengan kira-kira satu perempat melibatkan Bandar New York iaitu wilayah paling teruk di negara itu.

Kes jangkitan pula meningkat kepada 121,117 manakala 961 lagi pesakit sembuh. Kebanyakan kematian dilaporkan di New York iaitu seramai 626 orang diikuti Washington (136) dan New Jersey (86).

Jumlah korban di seluruh dunia melebihi 30,000 orang dengan Itali, Sepanyol, China dan Iran kekal negara paling banyak mencatatkan kematian. –AFP/Bernama