Dasar khas untuk wanita Sarawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjanjikan satu dasar khas untuk wanita sekiranya beliau masih kekal memegang jawatan tersebut pada masa akan datang.

Menurutnya, terdapat satu lagi dasar yang akan diumumkan untuk membantu wanita, tetapi masih dirahsiakan. “Saya tidak dapat mengumumkannya kerana kita akan mengkaji terlebih dahulu dasar berkenaan.

“Kalau kitak keluarkan kamek, ney dapat kamek molah. Tapi mun kitak teruskan nyokong saya jadi Ketua Menteri, insya-Allah saya akan laksanakan,” ujar Abang Johari. Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya merasmikan Sarawak Women X: Global Innovation Entrepreneurship sempena Sambutan Hari Wanita di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut juga menyaksikan pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat Sarawak, termasuk wanita. Ia merupakan antara cara baharu serta melatih wanita dalam bidang keusahawanan.

“Saya melihat beberapa wanita yang berjaya dalam industri kotej hingga boleh memasarkan produknya ke luar negara. “Tahniah kepada kementerian kerana berani menggalakkan wanita melakukan perniagaan berdasarkan transformasi digital.

“Saya percaya perniagaan berdasarkan teknologi mampu mengubah wanita. Apa yang penting ialah latihan diberikan kerajaan melalui Centexs. Mereka akan menggunakan pendekatatan terbaru termasuk AI atau VR dan Augmented Reality. “Dan juga sudut pemprosesan barang kita buat, ia termasuk dengan kolaborasi banyak syarikat luar negara yang boleh membantu kita…,” jelasnya.

Dalam hal berkaitan katanya, ia satu pendekatan yang dilaksanakan untuk memperkasakan wanita. “Saya percaya perniagaan berdasarkan teknologi mampu mengubah wanita. Apa yang penting ialah latihan yang diberikan kerajaan termasuk dana RM2 juta.

“Ia juga termasuk pinjaman untuk usahawan, PKS Kerajaan Sarawak menyediakan RM30 juta di bawah pinjaman mikro kredit..,” katanya lagi. Abang Johari turut mendedahkan, beliau meluluskan projek di Samarahan untuk wanita dan turut bekerjasama dengan Tegas dalam memberikan latihan untuk melatih golongan wanita dari sudut teknologi.

Suara Sarawak