KUCHING: Perkhidmatan pandu lalu biasanya dijalankan oleh restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald. Bagaimanapun, sejak hari pertama pengkuatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedai makan Family Café di Jalan Haji Taha di sini turut memulakan perkhidmatan itu.

Pemilik Family Cafe Nazri Aboi berkata, “sesiapa yang tidak sempat memasak, boleh menempah makanan daripada kami melalui talian WhatsApp 016-8888707 atau Facebook FamilyCafe.”

Kemudian, pekerja akan menghantar makanan itu ke kereta pelanggan di tempat parkir kereta berdekatan kedai. Menurutnya, inisiatif mewujudkan perkhidmatan pandu lalu itu tercetus atas niatnya ingin membantu pelanggan yang ingin mendapatkan sajian masakannya walaupun PKP dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

“Kami menyediakan pelbagai masakan antaranya pelbagai jenis mi goreng, laksa Sarawak, nasi ayam, nasi ayam penyat, mi udang galah, termasuk makanan barat seperti lamb chop, sausage jambo, jejari kentang, spageti dan sebagainya.

“Sebelum ini kami pernah menyediakan perkhidmatan bayar waktu terima (COD) kepada pelanggan di sekitar Kuching, namun sejak PKP dikuatkuasakan, kami terus mengambil langkah menyediakan perkhidmatan pandu lalu ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menjelas lanjut Nazri berkata, dia tergerak untuk menyediakan perkhidmatan pandu lalu kerana ramai individu memerlukan makanan yang siap dimasak selain terpaksa bekerja dari rumah. Melalui perkhidmatan itu, masa pelanggan dapat dihadkan, malah dapat mengelakkan masyarakat bersentuhan antara satu sama lain.

“Respons daripada pelanggan sangat positif. Semakin ramai membuat tempahan melalui WhatsApp ataupun Facebook. Ini tidak termasuk yang datang sendiri ke kedai untuk menempah dan membungkus makanan untuk dibawa pulang,” katanya. Jelanya lagi, pandemik Covid-19 banyak memberikan kesan terhadap perniagaannya termasuk peniaga lain.

“Sebagai peniaga, saya sentiasa memberikan kerjasama dan mengikut setiap arahan kerajaan untuk mematuhi waktu berniaga yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama. “Saya berharap semua pihak patuh dengan arahan yang ditetapkan oleh kerajaan, dan terus mendoakan penularan wabak ini dapat segera berakhir agar kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” doanya.

Dalam sehari jelasnya, secara purata dia menerima 200 hingga 300 tempahan, bergantung kepada keadaan semasa. “Ini kerana dalam perniagaan, permintaan akan ada naik dan surutnya,” ujarnya.

Sepanjang tempoh PKP jelasnya, kekurangan pelanggan menjadi cabaran kerana akan mempengaruhi perolehan, berbanding sebelum PKP. “Kami turut mengalami masalah mendapatkan bahan mentah untuk masakan termasuk perlu membayar sewa premis, bil utiliti dan gaji pekerja.

“Namun demikian, saya bersyukur kerana kerajaan telah banyak menghulurkan bantuan terutama melibatkan diskaun bil utiliti dan penangguhan bayaran pinjaman. “Maka ia tidak mematahkan semangat kami untuk berniaga untuk tempoh ini,” ujarnya yang kini dibantu lima pekerja.

Dalam pada itu katanya, bantuan kewangan kepada isi rumah memberikan manfaat kepada aktiviti ekonomi kerana akan mewujudkan kuasa beli dalam kalangan masyarakat walaupun kini banyak urusan pekerjaan tidak dapat dijalankan. kerana kerajaan telah banyak menghulurkan bantuan terutama melibatkan diskaun bil utiliti dan penangguhan bayaran pinjafaat kepada aktiviti ekonomi kerana akan mewujudkan kuasa beli dalam kalangan masyarakat walaupun kini banyak urusan pekerjaan tidak dapat dijalankan.