KUCHING: Beberapa premis perniagaan dibenarkan dibuka dua kali seminggu iaitu pada Selasa dan Khamis, dari jam 7 pagi hingga 7 petang.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ia terdiri daripada kedai ‘hardware’, kedai input pertanian (baja, racun, makanan binatang) serta kedai menjual alat tukar ganti (jentera pertanian dan industri).

Sementara, beliau berkata semua bukan warganegara yang melalui udara, laut dan darat tidak dibenarkan transit di Sarawak berkuat kuasa serta merta.

Selain itu, Karim yang juga timbalan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) penerbangan dari Kuala Lumpur – Sibu – Kuala Lumpur dibatalkan sehingga 14 April ini.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia hari ini.