KUCHING: Beberapa kawasan di Kuching dan Kota Samarahan dikategorikan sebagai Zon Merah Covid-19, yang merekodkan 41 kes ke atas.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, di Kuching yang merekodkan jumlah 163 kes ialah Semariang (Semariang Batu, Jalan Bentara, Taman Sukma, Bandar Baru Semariang), Satok (Satok, Jalan Patingan, Sungai Maong, Sungai Tengah), Taman Sri Wangi (Taman Sri Wangi, Laruh Skim, Kampung Pinang Jawa), Zon 1 (Jalan Arang, Stampin, Jalan Lapangan Terbang, Taman Stampin Barat, Kampung Cemerlang, Jalan Stampin Timur, Jalan Stampin Tengah).

Selain itu, katanya ialah Zon 2 (Tabuan Height, Taman BDC, Jalan Stutong, Jalan Kempas, Batu Lintang), Zon 7 (Jalan Semaba, Batu Kawa, Taman Desa Wira, Sunny Hill, Jalan Stapok, Taman Beverly), Demak Laut (Demak Laut, Demak Baru, Kampung Rampangi), Zon 4 (SMK Seri Setia, Tabuan Laru, Muara Tabuan, Tabuan Desa), Zon 3 (Kenny Hill, Central Park), Zon 5 (Lorong Abdul Rahim, Taman Green Height), Zon 6 (Taman Riverview, Batu 22).

Manakala di Kota Samarahan yang merekodkan 41 kes ialah Desa Ilmu, Tanjung Bundong, Muara Tuang, Uni Garden dan Sadong Jaya.

“Secara keseluruhan kadar jangkitan baharu di Sarawak menunjukkan trend yang belum stabil dengan bilangan kes positif yang turun dan naik setiap hari,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.