KUCHING: Peserta yang hadir pada Majlis Jerayawara Wawasan Ummah Gemilang di Majis Islam Sarawak (MIS) di Dewan Suara Kota Samarahan pada 10 Mac lalu digesa untuk tampil membuat saringan Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian melalui laman Facebook (Sim Kui Hian) memuat naik satu notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan yang meminta pihak yang terbabit segera tampil untuk menjalankan saringan

“Tolong tampil ke hadapan untuk menjalani saringan.

“Tiada Stigma. Tiada gentar. Pastinya ini bukan kesalahan anda. #tiadapolitik,” katanya dalam laman Fcebook (Sim Kui Hian), semalam.

Tambahnya, dengan menjalankan saringan orang ramai boleh menyelamatkan diri mereka, ahli keluarga dan masyarakat Sarawak yang lain termasuk menghentikan Covid-19 menuju ke Itali, Sepanyol, United Kingdom (United Kingdom) dan Amerika Syarikat (AS).

Dalam hal berkaitan, Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan turut menggesa mereka yang mempunyai hubungan atau kontak kepada kluster, staf dan pelajar SMK Kota Samarahan, kotak kepada kluster Good News Fellowship dan individu yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19 untuk menjalankan saringan.

Mereka yang berada dalam kumpulan tersebut diminta untuk membuat saringan dalam kadar segera ke Dewan Suarah Kota Samarahan bermula pada 8.30 pagi hingga 11 pagi dan diteruskan pada jam 1 hingga 3 petang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai persoalan mereka yang terbabit boleh menghubungi talian 082-672101.