MATU: Minyak masak yang menjadi keperluan asas penting antara barang keperluan yang sampai ke muka pintu 4,373 ketua isi rumah di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Khidmat N.44 Jemoreng Aini Latip berkata, selain minyak.masak keperluan lain beras, gula, kopi dan teh, roti kering dan mi telah diagih kepada 3,094 rumah dan pintu rumah panjang.

“Bantuan ini adalah daripada Kerajaan Sarawak melalui Pakej Rangsangan Sarawakku Sayang di bawah dana tambahan sebanyak RM16.4 juta untuk bantuan makanan Perintah Kawalan Berkurung.

“Terima kasih kepada Adun Jemoreng Datuk Juanda Jaya dan semua kakitangan kerana menjayakan bantuan ini sehingga sampai kepada rakyat,” katanya dihubungi sebentar tadi.

Jelas Aini, pihaknya berharap dengan bantuan itu akan meleraikan semua persoalan penduduk selama PKP ini berlangsung.

Aini Latip

“Ada yang tanya di mana bantuan mereka? Bila tiba kenapa tempat lain sudah ada.

*Untuk pengetahuan semua, bantuan ini diberi secara berperingkat-peringkat dan pembahagian harus patuh syarat PKP.

“Kita tidak mahu penduduk berkumpul beramai-ramai. Ini diagih melalui ketua masyarakat masing-masing,” katanya

Aini menjelaskan, Pusat Khidmat sentiasa memantau masalah penduduk sepanjang tempoh krisis.

Terdahulu, Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM16.4 juta untuk memastikan bekalan makanan mencukupi untuk setiap rakyat.

Kira-kira 450,000 rakyat Sarawak menerima bekalan makanan apabila setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di peruntukan RM200,000 dan golongan sasaran yang dibekalkan dengan makanan asas ini terdiri daripada ketua isi rumah di kawasan luar bandar dan pedalaman, penduduk miskin bandar bagi memastikan tidak terputus bekalan kerana PKP.

Semua penerima bantuan makanan itu ditentukan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian atau Daerah yang terdiri daripada Residen, Pegawai Daerah, agensi Kerajaan, Pusat Khidmat ADUN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang relevan.