MUKAH: Premis jualan barangan keperluan asas di sini dan daerah Balingian mematuhi arahan dengan meletakkan tanda harga pada setiap barangan.

Ia hasil pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah. Bagaimanapun, menurut jurucakap KPDNHEP, mereka juga memberi teguran dan amaran terhadap premis yang menaikkan harga barangan sesuka hati sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Setiap premis juga dikehendaki menyediakan penjarakan sosial sepanjang satu meter. “Kita mesti berjaga-jaga dalam keadaan sekarang ini bagi mengelak penularan wabak Covid19,” jelasnya.

Menurutnya, kebanyakan premis di sini mematuhi arahan dan tidak berlaku pembelian panik dalam kalangan pengguna. Orang ramai diingatkan agar membuat aduan kepada e-aduan. kpdnhep.gov.my atau menghubungi talian Tel: 084-872726 (Pejabat KPDNHEP Mukah) jika terdapat premis yang melanggar arahan.

PKP berkuat kuasa pada 18 Mac lalu hingga 14 April ini. Bagaimanapun, jika keadaan dan situasi jangkitan Covid-19 belum reda, kemungkinan besar PKP akan dilanjutkan. Sebagai langkah berjagajaga Kerajaan Sarawak tidak membenarkan bazar Ramadan serta bazar Aidilfitri dan bazar Gawai tahun ini.