BETONG: Apakah pro dan kontra penganjuran bazar Ramadan secara atas talian? Ramai yang mula mencongak jawapan atas cadangan tersebut selepas Kerajaan Sarawak memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti bazar Ramadan tahun ini. Sungguhpun umum mengakui tindakan itu tepat ekoran pandemik Covid-19, tetapi adakah ia menguntungkan pihak pembeli dan peniaga? Suara Sarawak mendapatkan respons orang ramai berhubung kebaikan dan kekurangan bazar Ramadan secara atas talian.