Geng kaki sambung ayam tumpas di Mukah

MUKAH: Sepasukan Polis DiRaja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah sekali lagi berjaya memberkas dan menangkap sekumpulan kaki sabung ayam di Kawasan Mukah semasa PKP semalam.

Selepas berjaya menangkap lima kaki sabung ayam di Kawasan Ulu Bayan pada minggu lepas, semalam pada kira-kira jam 3.50 petang PDRM Mukah yang diketuai oleh Insp Ebeni Mohamad telah membuat tangkapan ke atas sekumpulan yang sedang mengadakan sabung ayam di sebuah gelanggang Sabung Ayam di Sungai Arif Balingian.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah dari IPD Mukah DSP Jimmy Panyau memberitahu Suara Sarawak bahawa anggotanya telah berjaya menahan tiga(3) orang lelaki tempatan yang berumur di antara 47 tahun hingga 49 tahun yang berjaya ditangkap dalam serbuan .

PDRM berjaya merampas Seekor ayam sabung yang hidup, dua ekor ayam sabung yang telah mati, sebuah meja plastik, lima buah kerusi plastik, sekeping kanvas, sebilah taji (pisau) ayam dan wang tunai sejumlah RM185.00.

Menurut DSP Jimmy lagi, Semua tangkapan dibawa ke IPD Mukah untuk siasatan lanjut dan siasatan di bawah Sek:3(1) Ordinan penganiayaan Terhadap Binatang 1962 dan di bawah Sek: 11(1)PPPP 2020 dan Melanggar PKP.

Tambah beliau lagi, Adalah di ingatkan supaya penduduk supaya mematuhi arahan supaya tinggal di rumah semasa PKP dan jangan terlibat dengan aktiviti seperti sabung ayam.

“Pihak PDRM akan bertindak tegas ke atas sesiapa yang melanggar peraturan terutamanya ke atas penduduk di Daerah Mukah, Balingian dan Selangau.

“Ini ialah tangkapan kedua ke atas aktiviti sabung ayam oleh PDRM Mukah semenjak perintah PKP ini.”, jelas beliau lagi.

Suara Sarawak