Lajung dari Spaoh kini dicari

SPAOH: Seorang warga emas yang dikenali sebagai Lajung oleh masyarakat setempat dilaporkan hilang sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Zamry Alli mengesahkan perkara tersebut selepas laporan dibuat di Balai Polis Spaoh, hari ini.

Hebahan awam juga sudah diedarkan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk memberikan kerjasama atau menghubungi Balai Polis Spaoh di talian 083-473333.

Lajung atau Abu Bakar Dayat berumur 60 tahun tinggal di Kampung Hulu Spaoh.

Maklumat lanjut tentang kehilangan Lajung serta sebarang perkembangan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak