Rakyat M’sia di Singapura yang mahu pulang ke tanah air perlu dapatkan permit masuk

SINGAPURA: Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke  tanah air dari Singapura melalui jalan darat perlu mendapatkan Permit Masuk daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, bermula 27 April.

Menurut notis umum di laman Facebook, pemohon perlu menghantar butiran berikut – nama, nombor kad pengenalan dan pasport, tarikh berlepas – ke alamat e-mel stmsg@mhc.org.sg, sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh berlepas.

Satu salinan pas – Penduduk Tetap Singapura, Pas Jangka Panjang, Permit Kerja, Pelajar dan lawatan sosial – perlu dilampirkan bersama.

Setelah diluluskan, Suruhanjaya Tinggi akan membalas e-mel mereka yang mengandungi nombor rujukan unik.

Mereka kemudiannya perlu mencetak atau mengambil tangkapan skrin telefon bimbit e-mail tersebut dan diserahkan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Malaysia di Johor Bahru.– BERNAMA

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak