Salur bantuan melalui pusat daerah

SARIKEI: Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu perseorangan boleh menyalurkan bantuan melalui Pusat Pengumpulan Sumbangan Makanan Daerah Sarikei yang dibuka sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sarikei, Christopher Ranggau Unting berkata, pusat yang terletak di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sarikei itu, dibuka Isnin, Rabu dan Jumaat bermula 8 pagi hingga 1 petang.

“Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan bantuan melalui pusat ini,”katanya. Langkah proaktif itu bertujuan memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapat keterangan lanjut boleh menghubungi talian 084-652264 atau Bilik Gerakan Daerah Sarikei 084-654396.

Suara Sarawak