Saya beli hasil tani orang kampung, produk jualan untuk diagih kepada yang memerlukan. Saya bersama anda ketika anda perlukan saya – YB AJ

Tiga hari berada di kawasan, saya berkesempatan bertemu dengan beberapa orang Ketua Masyarakat di Daro, Matu dan Kpg Igan.Saya juga bertemu dengan Pegawai Daerah Matu dan Daro selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah.

Setelah berbincang dan mendengar pandangan mereka semua, saya telah mengambil beberapa tindakan berikut dengan niat semata-mata ingin membantu sambil bersedekah;

1. Saya akan membeli semua berbagai-bagai jenis sayuran yang di tanam sendiri oleh orang kampung.Tujuannya adalah utk membantu pekebun-pekebun kecil ini menjual segala hasil tanaman mereka yang sukar untuk dipasarkan semasa PKP yang mencabar ketika ini.Buat permulaan “Program Beli Hasil Tani” ini di mulakan dengan Kpg Jemoreng, Kpg Badong dan Kpg Igan.

2. Untuk menjual hasil tanaman mereka, sila berhubung dengan Penghulu Hj Masaleh Sahdan( Kpg Jemoreng, Penghulu Hajjah Rahmah Ras ( Kpg Igan) dan KK Haslimin Hassan (Kpg Badong).Semua hasil tani yang dibeli akan diagihkan ke rumah-rumah orang kampung mengikut budibicara Ketua Masyarakat di Kampung berkenaan.

3. Selain daripada itu, saya juga telah bertemu dengan beberapa orang pengusaha Mi Kuning, Roti Canai, Chakoi dan Kek untuk membekal jualan mereka untuk diagihkan ke rumah-rumah orang kampung yang akan dikenal pasti oleh Pusat Khidmat P.207 Igan semasa PKP ini.

4. Sesungguhnya usaha murni ini kecil kerana kemampuan yang terbatas.Walaupun kecil niat saya adalah semata-mata ingin membantu pengusaha yang terputus sumber rezeki mereka sepanjang tempoh PKP ini. Marilah kita sama-sama berganding bahu membantu sambil bersedekah.

5. Akhir sekali, jika ada yang tidak mendapat bukan bererti tercicir namanya, akan tetapi kerana kemampuan saya yang terhad. Mohon difahami dan di mengerti.

6. Semuga niat ikhlas ini dipermudahkan Allah SWT segala urusannya.

Ikhlas,
AJZ
???

Arahan kerajaan wajib di patuhi duduk di rumah jagalah diri
Covid 19 amat menyakiti
Kepada Allah mohon dihindari

# parlimenp207igan
#prihatinrakyat
#sarawakku sayang

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak