Seorang nelayan dikhuatiri hilang

ASAJAYA: Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas keluar menangkap ikan di kawasan laut Asajaya disini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Hamzah Dipi, 50 tahun yang berasal daripada Kampung Sebandi Ulu difahamkan telah keluar ke laut sekitar jam 1 pagi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, laporan kehilangan mangsa diterima sekitar jam 12.09 tengah hari.

“Laporan awal mengesahkan penduduk kampung berjaya menemui perahu serta peralatan menangkap ikan milik mangsa di tengah laut namun mangsa tiada berada di dalam perahu berkenaan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya, operasi mencari dan mengesan mangsa kini sedang dilakukan dengan kekuatan enam anggota Bomba dan Penyelamat(BBP) Asajaya yang diketuai PBT Mosli Salim.

Dalam pada itu, turut hadir ke lokasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi membantu aktiviti mengesan mangsa.

PERAHU… Perahu serta peralatan menangkap ikan milik mangsa ditemui di tengah laut Asajaya
 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak