BINTULU: Kumpulan kedua pelajar Politeknik Mukah selamat tiba di Dewan Suarah Bintulu, tepat jam 11.30 pagi semalam.

Sejurus tiba, kumpulan seramai 20 pelajar itu terus menjalani saringan Covid-19 sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi menjalani kuarantin selama 14 hari.

Manakala, bas yang dinaiki pelajar terbabit, kemudiannya disanitasi bagi memastikan kebersihan bas terjamin dan bebas daripada Covid-19 selain sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini adalah prosedur yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan di seluruh daerah sebaik sahaja operasi penghantaran pelajar tiba ke destinasi.

Penyemburan menggunakan Mist Blower” dan “Manual Spray” melibatkan ruangan di dalam bas, ruangan tempat barang, dashboard dan ruang penyimpanan barang di bahagian bawah dan luar bas dengan menggunakan kaedah penyemburan berupa campuran air dan peluntur (Clorox) dengan nisbah sukatan 1:9.

Petang Jumaat, kumpulan pertama juga seramai 20 pelajar selamat tiba dan pulang ke kediaman masing-masing.

Kumpulan kedua pelajar Politeknik Mukah menjalani saringan Covid19 sejurus tiba di perkarangan Dewan Suarah Bintulu.