KUCHING: Daerah Lundu yang merupakan kawasan hijau kini bertukar kepada kuning selepas satu kes positif Covid-19 direkodkan hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, Sarawak mencatatkan satu kes positif Covid-19 yang datang dari daerah Lundu.

“Bagaimanapun, 39 daerah lain tidak ada kes yang dilaporkan.

“Daerah Asajaya dan Sri Aman pula bertukar daripada kawasan kuning kepada hijau,” katanya.

Menurut Sekretariat JPBN lagi, tiga kes positif Covid-19 sembuh dan telah discaj dari hospital.

“Secara keseluruhannya sebanyak 61.27 peratus kes positif Covid-19 telah sembuh dan pulang ke rumah masing-masing.

“Bilangan PUI hari ini adalah sebanyak 99 kes,” jelasnya.

Ujarnya, jumlah PUI yang masih menunggu keputusan makmal adalah sebanyak 21 kes.